Program Cohort 2 NADI X KidVenture - Webinar Atas Talian Sesi 4: Operasi Perniagaan
22 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2025, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengendalikan Program Cohort 2 NADI X KidVenture - Webinar Atas Talian Sesi 4: Operasi Perniagaan yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Webinar tersebut dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet dan disertai oleh seorang usahawan cilik iaitu adik Jessneyna Jasmin.
Perancangan perniagaan ialah proses merancang strategi dan langkah untuk menjalankan perniagaan dengan teratur. Ia penting sebagai panduan membuat keputusan, mengenal pasti risiko awal, menarik pelabur, dan menilai prestasi perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan, antara barang dan peralatan yang diperlukan termasuk meja, komputer, bahan mentah, pembungkusan, bahan pemasaran seperti poster dan akaun media sosial, serta sistem sokongan seperti aplikasi kewangan dan rekod jualan.
Secara keseluruhannya, Webinar Atas Talian Sesi 4: Operasi Perniagaan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan peserta tentang dunia perniagaan digital tetapi turut membina keyakinan diri mereka untuk tampil sebagai usahawan muda yang mampu memasarkan idea dengan lebih berkesan dan beretika di era moden ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: